About Me

My photo
Le me who need life to live . Le me who hate to be alone . Le me who like fashion . Le me who hate regrets . Le me who love my family . Le me who love my self . Le me who want a great life . Le Me ! Allah s.w.t * Muhammad s.a.w * Al-Quran * I Love Islam :)

Hello . Like my page on Facebook for more prodduct detail . ^_^

Saturday, December 22, 2012

Bisnes and friend's wedding

Assalamualaikum. Hye there .

Lama dah tak mengupdate belog niyh . Lately busy sikit . Sekarang ni buat bisnes . Beauty & healthcare product . Jangan lupa add kat fb k .

Mieyra Healthcare
http://www.facebook.com/kedai.saya.71

Harga berpatutan dan dijamin berkesan . Come on lah bantu sy menjana pendapatan . Kesian sy . Kene extent pulak tu . Nak tak nak kene la cari duit lebih . Tak kan nak menyusahkan mak ayah lagi.. Umur dah 20 tahun . MAlu lah . Tapi buat mase sekarang belum ade rezeki , just ramai orang yang bertanya produk ni oke ke? harga berapa? Hmmm.. saba je la kan ..

Today kawan sy kawin haaa.. ni dia >>


omey kn dia ?? :)

 and kami .. mne sy.. tu haaa... :))


Tuesday, December 4, 2012

Syukur Ya Allah

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh . Good morning . Sudah Subuh? Alhamdulillah .

Ya Allah , syukur padaMu kerana telah menghidupkan aku sampai hari ini .
Sesungguhnya ku serahkan hidup dah matiku hanya padaMu ..

Today 20 Muharam. 4 Disember . Saya genap 20 tahun . Syukur Alhamdulillah .

Ya Allah , kau berkatilah hidup kedua ibu bapaku kerana mereka telah melahirkan aku ke dunia ini.
Limpahkahlah rezeki keatas mereka. Tetapkan lah iman mereka Ya Allah .
Sesungguhnya hanya padaMU aku meminta .

Aminnnn Ya Allah.

Friday, November 23, 2012

Sayang lagi

Assalamualaikum . asuk hari ni dah 3 hari Sayang tinggal kat ruah ni . Amboih perangai dia , memang tak gheti duduk diam . Sape yang tak nak main dengan dia memang kene berjaga2 larh jari tangan or kaki tu . Abis dia gigit nanti . Sakit taw! gigit macam nak makan terus jari orang tu.

Baru je berapa hari Sayang kat rumah ni sy dah kenal sangat dengan perangai dia . Mula2 dia main puas2, lepas tu tido , then pegi toilet (sy ajar dia membuang dekat toilet), pastu makan and main lagi dan begitu la seterus nya .

Tapi lagi 4 hari sy dah nak balik kuantan . Sedih nak tinggalkan Sayang kat rumah . Sape nak tengok dia? Dah la ada sepupu akal kat rumah . Sabar betul dengan diorang . Kalo tak dah lame dorang makan tangan .
Kalau la boleh bawak Sayang pegi Kuantan . Hmm takut takda masa langsung nak main dengan dia nanty . Tak pe la . Sayang duduk rumah je lah .

Oke la . Wassalam . :)

Thursday, November 22, 2012

SAVE GAZA

Assalamualaikum .

Hai everyone . Dikala kita sedang bergembira . Kita lupa yang ramai saudara Islam kita sedang merana . Ya! sy cakap tentang GAZA . Satu dunia tau yg ISRAEL LAKNATULLAH sedang menyerang GAZA . Berita facebook belog . Banyak memaparkan tentang peperangan di Gaza . Sejak 2 hari ni ada berita yang ISRAEL nak berundur . Alhamdulillah .

Ini semua untuk menyedar kan kita agar tidak terlalu leka hal dunia .

Ya Allah ..
SAVE GAZA!

Tuesday, November 20, 2012

Sayang :)

Assalamualaikum . :)


Who's this little cutie monsters??? Aurghhh!


Pagi tadi ada orang buang sy dekat tepi jalan tu . Sampai hati dorang buang sy yang comel ni .


Nasib baik family baru sy ni baik taw . Tak macam yg buang sy tuh . Huh!


Sy taw kenapa dorang buang sy . Sebab sy cacat . Sy kudung . ;-(


Sekarang sy tak perlu risau . Even sy cacat ramai yang sayang dekat sy taw . heheh


Family baru ni panggil sy SAYANG . Sukenye..


Sy nak duduk dengan family baru forever and ever !!

Owner > Sayang! eh tgh tulis belog ya .. Sudah2 . Owner kamu yang comel ni plak nak celoteh .
Sayang > Yela.. miowww.. aummm.. (gigit jari)


Oke ini sy bukan Sayang . Sekarang sy dah ada kucing baru . seronok sgt . Sy betul2 suke sgt dia ada. Tak sangka Allah kabulkan permintaan sy . Ape permintaan sya? Actually lepas Oopet takde sy selalu minta kucing baru . Yang comel gebu . Dan2 lagi yang warna kelabu . Tang warna kelabu tu la . Tak sangka Allah makbulkan . Alhamdulillah..

Sayang ni mak sy yang jumpa masa dia nak pergi jogging lepas subuh pagi td . Mase tu sy tgh solat . Dengar yang ade jumpe kitten . Hati berbunga2 even mase tu adek cakap yang sayang kudung . Tapi sy tak kisah . Muka dia comel sgt . Rase nak gigit . Sy akan jaga Sayang baik2. Takde beza dengan kucing lain . Sy syg SAYANG!!! :)

Oke la nak p tidoq dengan Sayang . Gudnite . Assalamualaikum .

Wednesday, November 14, 2012

Congrats too me :)

Assalamualaikum.. Hello . This entry suppose to be last week . 9/11/2012.

Remember pasal last entry yang saya kata dalam satu hari ada 2 perkara saya kena tempuh . Ingat x? Ingat x? Haha . My result and test undang-undang .

Nak taw keputusan bagi kedua2 ni?

Alhamdulillah . Haaa Paham2 larh kan . Hehe . Tapi result kali ini memang saya bersyukur sangat2 sebab untuk examination result ni bukan aje saya lulus semua tapi pointer saya jugak naik melambung . Tapi 3.33 aje . Alhamdulillah . Sikit lagi nak dekan . Tapi apa yang saya dapat ni memang setimpal dengan usaha saya . So, saya akan tunaikan nazar saya and bertekad akan belajar bersungguh2 untuk membalas jasa mak dan ayah saya yang tercinta . Ewahhh . Haha . Tapi serious ni oke!

And, about test undang2 . Alhamdulillah jugak saya berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang . Haaa.. Jangan terkentut . Terkejut takpe . hahaha . Ade sebab saya cakap macam ni taw . Nak taw sebab nya?? Ni haaa ------>


Ahha! terkejut tak ? Saya yang terkejut taw . MAna tak nya saya study kot buku undang2 tu . Dah macam nak ambik exam besar . But Alhamdulillah .

Syukur ya Allah atas nikmat rezeki yang telah kau beri pada ku . Murahkan la rezeki ku , kedua ibubapa ku dan juga seluruh umat Isalam yang lainnya Ya Allah . Berikan lah kami kejayaan , kebahagiaan didunia dan jugak diakhirat . Aminnn ya rabbal alamin..

Wassalam .. :)

Monday, October 29, 2012

BE GOOD!

Assalamualaikum .. Hai . Hello . Sawadikap .

Long time no see . Now semester break . 1 and half month . My plan ? Habek lesen kereta lorh ! yabedabedu .. Yeppi! . Wah, suka sangat kau jah . Opcoz la . Memang lama dah nak amek . Takde rezeki kan . kawan2 ada lesen . Pergh! pergi jalan tak reti nak ajak . Sokay takpe . Kau tunggu lah . Aku vrooommm depan rumah kau . Hahahahaha . Astagfirullahalazim . Syaitan ni Syaitan!!

Actually dah dekat 2 week rasanya i cuti sem ni . Cewah i . haha . lantaklah kan . My blog . Suit myself larh ! oke sambung . Hari Jumaat haritu i balik Perak . Sesaje jenguk sedara . Biasalah setiap family semua ada problem dia sendiri kan . So do my family . Tapi tak mau cerita la kan .  Sometime people get suck in their life . But as a Muslim we can't regrets it . Ewah . haha . Tapi betulla kan . Orang kata bende dah lepas jangan dikenang . Benda sekarang ni yang kita kena betul kan .

Sepanjang ada kat Perak . Banyak yang i sedar yang mak ayah dah banyak berkorban dalam family kitorang . Biasa lah . mak and ayah tanggungjawab diorang kan besar . Susahnya diorang dulu . Sekarang i yang comel ni hihi . Nekad tidak akan menyusahkan mak ayah . Nanti dah habis study nak kerja . Kalau nak further nak guna duit sendiri . Tak mo kawen lagi . Nak tolong mak ayah . Nak kumpul duit . Semoga masa depan cerah . Aminnn . InsyaAllah .

Peace! wassalam .. :)

Friday, October 5, 2012

Bernazar lagi . Pasti berjaya .

 Assalamualaikum . Sekali lagi untuk final exam kali ini saya bernazar . Nazar kali ini PASTI beri seribu kebaikan pada saya . So, my NAZAR is .. Kalau result exam kali ini saya lulus semua saya BERNAZAR akan memakai TUDUNG LABUH dan menjadi MUSLIMAH YANG SEJATI . InsyaAllah . Aminnn . Doakan saya berjaya . :)

Thursday, October 4, 2012

Thursday, August 9, 2012

Nurzul Quran

Assalamualaikum . Lagi sekali . Haha . Lupa nak share yang pagi tadi saya pergi program ilmu . Cewah . Haha . Program Nurzul Quran . Tentang perang Badar . Tapi tak berapa nak fokus sebab orang belakang bising bebenor (alasan ) Heh! :)

So ni saya nak share article saya dapat tadi :


Oke tak Ramadhan kali ni ?


Ni Selawat Badriah .

And kat bawah ni bacaan Tola'al Badru .



Haa ! lagi satu . Hari ini terkejut betul tengok kawan saya tiba2 bertudung . Alhamdulillah . Tapi dia kata sebab nak pergi majlis ilmu itu yang pakai tudung . Tapi saya harap moga2 terbuka pintu hati dia nak pakai tudung satu hari nanty . InsyaAllah . Aminn . :)


Comel kan dia . Zira nama dia . Saya pula dah macam ustazah pulak . Haha


Dalam kelas tak lupa jugak kami buat salam perantauan (bajet kat obesea ! haha )

Tudung biru tu Adaa , tudung pink Syira , Zira and Kak Sherry . Saya ? Pandai2 lah carik ! hehe

Oke . Jumpa lagi InsyaAllah :)


Wednesday, August 8, 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum . Dah berapa hari puasa ni ? Rasa nya ada lagi 10 hari kan ? Hmm 10 malam terakhir bulan Ramadhan . Dah tentu lah sekarang ni ramai yang menanti kan Malam Lailatul Qadar . Terutama nya umat Islam . Sebab malam Lailatul Qadar ni kan malam yang lebih baik dari seribu bulan . Teringat masa dekat asrama dulu . Qiamulail ramai2 sebab nak dapat kan malam ni lah . Alhamdulillah pernah merasa sekali . Tenang sangat . So, harap2 Ramadhan kali ni pun macam tu jugak la . InsyaAllah .

So, tadi ada banyak sikit pasal malam Lailatul Qadar ni . Kata sesetengah ulama , Lailatul Qadar ini berlaku pada malam tertentu . Seperti malam 21 dan 23 Ramadhan . Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama sebab ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatul Qadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasullulah s.a.w sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu . Ada sesetengah ulama , tidak menentukan secara pasti dan ada juga ulama terutamanya dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa .

Menurut mereka macam ini , kalau hari mula puasa :


  • Ahad @ Rabu = Lailatulqadar pada hari ke 29
  • Jumaat@Selasa = Lailatulqadar hari ke 27
  • Khamis= Lailatulqadar hari ke 25
  • Sabtu= Lailatulqadar hari ke 23
  • Isnin= Lailatulqadar hari ke 21


Tanda nya pula banyak . Contoh nya macam malam tu penuh dengan keheningan dan tenteram , angin bertiup sepoi2 bahasa dan esoknya pada pagi hari langit kelihatan redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam2 lagi . Masa sekolah dulu pun ustaz ada cakap macam ni .

Hikmah nya , apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu .

Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang kurangnya bersolat jemaah setiap waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Kata ulama dia pasti peroleh facilat malam Lailatulqadar .

Oleh itu, bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadhan al Mubarak ini . Walau tinggal beberapa hari saja lagi , pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti . Semoga Ramadhan kali ini menjanji kan kita kemenangan . Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu . InsyaAllah .

Penat menaip . Hihi

Sumber : iLuvislam.com

Saturday, July 21, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum . Blurpp , Alhamdulillah . Kenyang sebab makan banyak . Rezeki orang puasa :) Banyak betul makan hari ini . Dah lama tak rasa masakan emak . Biasalah orang merantau menimba ilmu . Alhamdulillah setelah 2 tahun akhirnya dapat juga merasa puasa pertama dengan keluarga . Syukur sangat2 .

Haa, nak taw mak saya masak apa ? Cekidout :)


Macam2 ada ni . Jengkol pon ada . haha


Ini la main menu . My favourite . Ikan talapia goreng dengan cili . Sodap!


Haa, yang ini plak saya makan lepas study tadi . Durian pulut . Balik pon sempat lagi study sebab mid term hari Isnin . Wish me luck! Aminn~

Oke Wassalam .. Selamat berpuasa esok :)


Niat jangan lupa! :)


Doa Buka Puasa

Assalamualaikum . Haa, puasa tak ni . First day tak kan larh tak puasa kan . Lagi sejam lebih lagi nak masuk waktu berbuka ni . Mesti ramai dah pergi bazar Ramadhan . Tapi saya masak sendiri je . Bukan saya yang masak la kan . Mak yang masak . Saya tengok je . Nak meleleh air liur ni haa . Hihi . Nasib baik puasa kalau tidak . Paham-paham je la kan .

So, dah dekat time nak buka puasa ni kan, saya nak share jugak lah doa buka puasa . Kalau ada yang baca blog ini at least dapat jugak la pahala . Haa! kalau dah baca kene la share2 taw . Biar lah orang lain dah taw sekalipon janji kita sama2 menyebarkan kebaikan . betul tak? :)

Oke ini doa buka puasa .


Selamat berbuka ye . Berpada2 masa berbuka tu . Jangan tamak nanti membazir . Membazir itu kan amalan Syaitan . Syaitan dah kene ikat tak kan kita pula yang nak ganti Syaitan yang jahat tu kan . :)


Upin ngan ipin pon pandai baca doa :) Cerita ini memang saya minat gila . "Pengembaraan Upin Ipin" saya tengok banyak kali . Tak terkira pula . Sampai kucing saya pon saya letak nama Oopet . Kan dalam tu ada haiwan comel nama Oopet . :)


Haa , ni Oopet .. Dia mengada banyak :)



Friday, July 20, 2012

Starting in Ramadhan

Assalamualaikum . Hai and happy Ramadhan.. Kebetulan pula first entry ini time Ramadhan . Selamat menjalani ibadah puasa buat kaum muslim sekalian . Moga pada bulan ini kalian sentiasa dirahmati oleh Allah . InsyaAllah . Amin..

Yep! blog ini still baru . Saya buat blog ini supaya saya boleh simpan memori selagi saya hidup . Nanti kalau dah jadi isteri, ibu, nenek, or oyang . Suami, anak-anak , cucu cicit boleh baca kisah hidup isteri, ibu, nenek or oyang diorang ini . Haa, sweet kan saya ini .

BTW selamat berkenalan buat readers yang jumpa blog ini . Coz I thought it will be my secret . Biasa lah orang yang suka bercakap . Tapi kadang-kadang takda orang nak layan . So, terpaksa lah meluahkan kat blog ini . Pada yang sudi membaca thanks a lot :)

Owh lupa cakap nama . Nama saya CintaCikDin . Kenapa? Sebab kawan saya punya pakwe nama dia Din . Haha . Bila selalu ejek-ejak kawan saya tu tibe-tibe terpikir nama ini . Sedap jugak . Din tu pun nama ayah so saya kan lahir dari cinta ayah dengan mak :) Jadilah CintaCikDin :) Ahh saya sangat sweet .

Ok lah setakat itu aje untuk permulaan bagi blog ini . Kalau ada cerita menarik ofcoz saya akan share kat sini lagi . Buat tatapan bakal suami , anak-anak and cucu cicit saya nanti :)

So, selamat berpuasa ye kawan-kawan . Jom kita sama-sama cari pahala dalam bulan ini . Puasa penuh jangan puasa yang yok pulak. Bereh la eh .

Saranghae *wink2

Wassalam..