About Me

My photo
Le me who need life to live . Le me who hate to be alone . Le me who like fashion . Le me who hate regrets . Le me who love my family . Le me who love my self . Le me who want a great life . Le Me ! Allah s.w.t * Muhammad s.a.w * Al-Quran * I Love Islam :)

Hello . Like my page on Facebook for more prodduct detail . ^_^

Thursday, August 9, 2012

Nurzul Quran

Assalamualaikum . Lagi sekali . Haha . Lupa nak share yang pagi tadi saya pergi program ilmu . Cewah . Haha . Program Nurzul Quran . Tentang perang Badar . Tapi tak berapa nak fokus sebab orang belakang bising bebenor (alasan ) Heh! :)

So ni saya nak share article saya dapat tadi :


Oke tak Ramadhan kali ni ?


Ni Selawat Badriah .

And kat bawah ni bacaan Tola'al Badru .



Haa ! lagi satu . Hari ini terkejut betul tengok kawan saya tiba2 bertudung . Alhamdulillah . Tapi dia kata sebab nak pergi majlis ilmu itu yang pakai tudung . Tapi saya harap moga2 terbuka pintu hati dia nak pakai tudung satu hari nanty . InsyaAllah . Aminn . :)


Comel kan dia . Zira nama dia . Saya pula dah macam ustazah pulak . Haha


Dalam kelas tak lupa jugak kami buat salam perantauan (bajet kat obesea ! haha )

Tudung biru tu Adaa , tudung pink Syira , Zira and Kak Sherry . Saya ? Pandai2 lah carik ! hehe

Oke . Jumpa lagi InsyaAllah :)


Wednesday, August 8, 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum . Dah berapa hari puasa ni ? Rasa nya ada lagi 10 hari kan ? Hmm 10 malam terakhir bulan Ramadhan . Dah tentu lah sekarang ni ramai yang menanti kan Malam Lailatul Qadar . Terutama nya umat Islam . Sebab malam Lailatul Qadar ni kan malam yang lebih baik dari seribu bulan . Teringat masa dekat asrama dulu . Qiamulail ramai2 sebab nak dapat kan malam ni lah . Alhamdulillah pernah merasa sekali . Tenang sangat . So, harap2 Ramadhan kali ni pun macam tu jugak la . InsyaAllah .

So, tadi ada banyak sikit pasal malam Lailatul Qadar ni . Kata sesetengah ulama , Lailatul Qadar ini berlaku pada malam tertentu . Seperti malam 21 dan 23 Ramadhan . Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama sebab ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatul Qadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasullulah s.a.w sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu . Ada sesetengah ulama , tidak menentukan secara pasti dan ada juga ulama terutamanya dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa .

Menurut mereka macam ini , kalau hari mula puasa :


  • Ahad @ Rabu = Lailatulqadar pada hari ke 29
  • Jumaat@Selasa = Lailatulqadar hari ke 27
  • Khamis= Lailatulqadar hari ke 25
  • Sabtu= Lailatulqadar hari ke 23
  • Isnin= Lailatulqadar hari ke 21


Tanda nya pula banyak . Contoh nya macam malam tu penuh dengan keheningan dan tenteram , angin bertiup sepoi2 bahasa dan esoknya pada pagi hari langit kelihatan redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam2 lagi . Masa sekolah dulu pun ustaz ada cakap macam ni .

Hikmah nya , apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu .

Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang kurangnya bersolat jemaah setiap waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Kata ulama dia pasti peroleh facilat malam Lailatulqadar .

Oleh itu, bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadhan al Mubarak ini . Walau tinggal beberapa hari saja lagi , pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti . Semoga Ramadhan kali ini menjanji kan kita kemenangan . Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu . InsyaAllah .

Penat menaip . Hihi

Sumber : iLuvislam.com